Novel Bima Sakti Menari by Sri Rahayu Mohd. Yusof

RediksiaRabu, 7 Februari 2024 | 15:54 WIB
Novel Bima Sakti Menari by Sri Rahayu Mohd. Yusof
Novel Bima Sakti Menari by Sri Rahayu Mohd. Yusof

DIKSIA.COM - Pernahkah kamu membayangkan langit malam yang dihiasi kelap-kelip kunang-kunang dan gemerlapnya Bima Sakti? Keindahan yang memesona ini menjadi inspirasi bagi Sri Rahayu Mohd. Yusof dalam novelnya “Bima Sakti Menari”. ini mengajak kita menyelami perjuangan sekelompok individu dalam melestarikan dan mengembalikan keindahan langit malam yang tercemar.

Di tengah hiruk pikuk modernisasi, “Bima Sakti Menari” membawa angin segar dengan mengangkat tema pelestarian alam. Novel ini menceritakan kisah Nurul Hafsa, seorang Pegawai di Balai Cerap Sultan Salahuddin, yang bercita-cita mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.

Novel adalah salah satu novel yang dipilih untuk Komponen Sastera di Malaysia. Novel ini ditulis oleh , seorang guru dan penulis yang mendapat pendidikan di New Zealand. Novel ini menceritakan tentang Nurul Hafsa, seorang Pegawai di Balai Cerap Sultan Salahuddin, yang berjuang untuk melestarikan alam sekitar dan mencari cinta sejati.

Detail Novel

Sinopsis

Novel Bimasakti Menari mengisahkan Nurul Hafsa yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Hafsa dikunjungi oleh pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah.

Beliau yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor.